Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Khas Buat Adik Muhammad Arfan Ziqri Kami Akan Pastikan Kebajikan Adik Terjaga

Diterbitkan: 30 Oct 2019 7.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.15 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan kebajikan anak kepada anggota yang maut dalam kemalangan di susur keluar Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur semalam, terjaga.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/khas-buat-adik-muhammad-arfan-ziqri-kami-akan-pastikan-kebajikan-adik-terjaga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:11 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan kebajikan anak kepada anggota yang maut dalam kemalangan di susur keluar Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur semalam, terjaga.

Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, yang juga anggota Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam dan isterinya Nurul Ashikin Kamarudin, 28, maut selepas motosikal dinaiki merempuh belakang lori.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, anak pasangan itu iaitu Muhammad Arfan Ziqri berusia 22 bulan akan diberi bantuan dan kemudahan selayaknya bagi memastikan hidupnya terjamin.

“Kita akan menghulurkan bantuan diperlukan dan akan membuat semakan keahlian koperasi selain insurans arwah untuk tindakan seterusnya.

“Bantuan berbentuk kewangan itu akan diberikan dalam masa terdekat selepas segala proses dokumentasi selesai dibuat. Ia demi memastikan kebajikan anak anggota polis terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan dan Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Muhammad Syakiran yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC dipercayai ingin mengubah laluan ke lorong tengah namun gagal mengelak lori sebelum merempuh belakang lori berkenaan.

Ketika kejadian keadaan trafik sesak menyebabkan lori itu perlahan dan berhenti.

Nurul Ashikin maut di tempat kejadian manakala Muhammad Syakiran disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 10.40 pagi.

Sumber: Harian Metro

Khas Buat Adik Muhammad Arfan Ziqri Kami Akan Pastikan Kebajikan Adik Terjaga
ArtikelDiterbitkan 30 Oct 2019 7.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.15 PM