Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
Nilai, 4 Januari 2012 -
Penduduk sekitar daerah Nilai kini tidak perlu lagi bimbang berkenaan
isu-isu keselamatan berikutan telah wujudnya Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Nilai yang berfungsi dalam memainkan peranan yang lebih besar
dalam menjaga keamanan di sini yang sebelumnya hanya bergantung dengan
kekuatan Balai Polis Mantin yang turut terletak di daerah ini.
Dengan
jumlah kekuatan anggota yang lebih banyak, IPD Nilai turut diperbaharui
dengan fasiliti dan sistem pengurusan yang lebih teratur dan efisien
bagi menjamin perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di sini.
"Saya
juga akan meneliti tentang keperluan dan kelengkapan logistik bagi
menjamin kelicinan operasi IPD baru ini," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail
bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapan perasmian IPD Nilai ini
yang akan beroperasi sepenuhnya dan mampu menampung perjawatan seramai
462 pegawai polis dan pegawai awam pada masa akan datang.
Mula
beroperasi sejak 1 Januari yang lalu, IPD Nilai kini telah mempunyai
seramai 287 orang kekuatan pegawai polis dan pegawai awam dan jumlah ini
akan bertambah lagi dalam masa yang terdekat.
IPD
Nilai ini merupakan IPD yang ke-153 di Malaysia dan merangkumi 6 balai
polis di bawah pentadbirannya, iaitu Balai Polis Nilai, Balai Polis
Mantin, Balai Polis Broga, Balai Polis Lenggeng, Balai Polis Labu dan
Balai Polis Pantai.
Secara
keseluruhannya, kawasan pentadbiran IPD Nilai adalah meliputi keluasan
tiga ratus tiga puluh perpuluhan empat kilometer persegi (330.4km).
Turut
hadir di majlis Perasmian IPD Nilai ini termasuklah YDH Dato' Sri
Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara,YDH CP Dato' Mohamad
Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas PDRM, YDH CP Dato'
Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, YDH
Dato'-dato' Ketua Polis Negeri, YDH SAC Dato' Osman bin Salleh, Ketua
Polis Negeri Sembilan, YDH Supt Mohd Yusoff bin Awang, Ketua Polis
Daerah Nilai, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri,
Dif-dif Jemputan Khas, wakil-wakil Jabatan dan Komuniti Penduduk,
Pegawai-pegawai Kanan Polis, dan juga wakil-wakil Media.

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan IPD Nilai.

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara memeriksa baris kawalan kehormatan.

Ucapan aluan oleh YDH SAC Dato' Osman bin Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan.

Ucapan aluan serta perasmian IPD Mantin oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyempurnakan gimik pelancaran.
Antara jemputan-jemputan yang hadir.



Bergambar
kenangan bersama Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri,
Dif-dif Jemputan Khas, Wakil-wakil Jabatan dan Komuniti Penduduk.

Bergambar kenangan bersama Pegawai-pegawai dan Anggotaanggota IPD Nilai.
Wartawan : L/Kpl Raymond bin Martin
Jurufoto : L/Kpl Shareel & L/Kpl Raymond