Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Penduduk sekitar daerah Nilai kini tidak perlu lagi bimbang berkenaan isu-isu keselamatan berikutan telah wujudnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang berfungsi dalam memainkan peranan yang lebi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kewujudan-ipd-nilai-jamin-khidmat-terbaik-kepada-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:12 MYT

Nilai, 4 Januari 2012 - Penduduk sekitar daerah Nilai kini tidak perlu lagi bimbang berkenaan isu-isu keselamatan berikutan telah wujudnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang berfungsi dalam memainkan peranan yang lebih besar dalam menjaga keamanan di sini yang sebelumnya hanya bergantung dengan kekuatan Balai Polis Mantin yang turut terletak di daerah ini.

Dengan jumlah kekuatan anggota yang lebih banyak, IPD Nilai turut diperbaharui dengan fasiliti dan sistem pengurusan yang lebih teratur dan efisien bagi menjamin perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di sini.

"Saya juga akan meneliti tentang keperluan dan kelengkapan logistik bagi menjamin kelicinan operasi IPD baru ini," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapan perasmian IPD Nilai ini yang akan beroperasi sepenuhnya dan mampu menampung perjawatan seramai 462 pegawai polis dan pegawai awam pada masa akan datang.

Mula beroperasi sejak 1 Januari yang lalu, IPD Nilai kini telah mempunyai seramai 287 orang kekuatan pegawai polis dan pegawai awam dan jumlah ini akan bertambah lagi dalam masa yang terdekat.

IPD Nilai ini merupakan IPD yang ke-153 di Malaysia dan merangkumi 6 balai polis di bawah pentadbirannya, iaitu Balai Polis Nilai, Balai Polis Mantin, Balai Polis Broga, Balai Polis Lenggeng, Balai Polis Labu dan Balai Polis Pantai.

Secara keseluruhannya, kawasan pentadbiran IPD Nilai adalah meliputi keluasan tiga ratus tiga puluh perpuluhan empat kilometer persegi (330.4km).

Turut hadir di majlis Perasmian IPD Nilai ini termasuklah YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara,YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas PDRM, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, YDH Dato'-dato' Ketua Polis Negeri, YDH SAC Dato' Osman bin Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH Supt Mohd Yusoff bin Awang, Ketua Polis Daerah Nilai, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Dif-dif Jemputan Khas, wakil-wakil Jabatan dan Komuniti Penduduk, Pegawai-pegawai Kanan Polis, dan juga wakil-wakil Media.

Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan IPD Nilai.

Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara memeriksa baris kawalan kehormatan.

Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
Ucapan aluan oleh YDH SAC Dato' Osman bin Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan.

Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
Ucapan aluan serta perasmian IPD Mantin oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyempurnakan gimik pelancaran.  


Antara jemputan-jemputan yang hadir.
Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat

Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
Bergambar kenangan bersama Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Dif-dif Jemputan Khas, Wakil-wakil Jabatan dan Komuniti Penduduk.

Kewujudan Ipd Nilai Jamin Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
Bergambar kenangan bersama Pegawai-pegawai dan Anggotaanggota IPD Nilai.



Wartawan  : L/Kpl Raymond bin Martin
Jurufoto   : L/Kpl Shareel & L/Kpl Raymond

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM