
Ketua Polis Negara Terima Darjah Kebesaran Persekutuan P M N
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri.
Tan Sri Abdul Hamid menerimanya dalam Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya, pagi tadi.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#17082020