Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ketua Polis Negara Terima Anugerah Dcsm Bergelar Datuk Wira

Published: 12 Jun 2014 3.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ayer Keroh, 13 Oktober 2012 - Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka, telah berlangsung di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. Pada istiadat itu, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka, berkenan menga
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-polis-negara-terima-anugerah-dcsm-bergelar-datuk-wira
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:51 MYT

Ayer Keroh, 13 Oktober 2012 - Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka, telah berlangsung di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka.


Pada istiadat itu, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka, berkenan menganugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) ,kepada YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, yang membawa gelaran Datuk Wira.


Darjah Kebesaran itu mula dikurniakan pada tahun 1978 kepada orang perseorangan yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa kepada Negeri Melaka serta mempunyai kedudukan tertinggi.


Penerima anugerah D.C.S.M. itu bergelar Datuk Wira dan isterinya Datin Wira. Darjah Kebesaran itu mengandungi kalung, selempang dan lencana darjah.


"Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena sambutan Hari Jadi ke-74 dengan iringi doa semoga Allah S.W.T, memberikan rahmatNya dan memberkati pemerintahan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka".


"Penganugerahan yang dikurniakan kepada saya merupakan suatu penghargaan yang tertinggi dikurniakan kepada warga Polis Diraja Malaysia. Ianya merupakan penghargaan kerajaan di atas perkhidmatan yang diberikan oleh warga PDRM".


"Sesungguhnya darjah kebesaran yang diterima ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna bagi saya dan juga warga PDRM".


Demikian kata YDH Tan Sri Dato' Seri Haji ismail yang amat terharu dan melahirkan rasa bangga apabila diberikan penghargaan untuk menerima darjah kebesaran tertinggi daripada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka.


Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina Kassim, Datuk Seri Utama Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka dan isteri Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman dan Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji Md. Sobri isteri Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia turut hadir menyaksikan istiadat yang bersejarah itu.


Turut mengiringi YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail ialah Datuk Chua Ghee Lye, Ketua Polis Melaka dan ASP Hammi Zamri Abdullah, ADC Ketua Polis Negara.





ArticlePublished 12 Jun 2014 3.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM