Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ketua Polis Negara Sihat

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.28 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Petaling Jaya, Selangor - 5 September 2008 - 'Syukur kehadrat Allah S.W.T, saya sihat, Boleh bertutur dengan baik dan saya juga boleh berjoging sejauh 2km setiap pagi. Lihatlah sendiri keadaan saya'...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-polis-negara-sihat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:23 MYT

Petaling Jaya, Selangor - 5 September 2008 - "Syukur kehadrat Allah S.W.T, saya sihat, Boleh bertutur dengan baik dan saya juga boleh berjoging sejauh 2km setiap pagi. Lihatlah sendiri keadaan saya".

Demikian kata YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan Ketua Polis Negara ketika ditemui di kediamannya di Petaling Jaya.

Sebuah akhbar parti politik tempatan melaporkan bahawa YDH Tan Sri Dato' Seri Musa lumpuh pada tangan sebelah kiri dan tidak dapat bertutur dengan baik.

Pada 19 Ogos 2008 lalu, YDH Tan Sri Dato' Seri Musa dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dan menjalani pembedahan pintasan jantung atas nasihat doktor yang merawatnya selepas melakukan pemeriksaan rutin. Kini beliau menjalani cuti rehat.

Tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara kini dipangku oleh YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara.

Ketua Polis Negara Sihat
Syukur kehadrat Allah S.W.T, saya sihat walafiat ...... YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato Hj. Hassan Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara Sihat
Ceria .... YDH Tan Sri Dato' Seri Musa ceria menjawab apa juga soalan yang dikemukakan oleh para wartawan ketika sidang akhbar yang diadakan di kediaman beliau di Petaling Jaya.

Ketua Polis Negara Sihat
Lihatlah sendiri ...... YDH Tan Sri Dato' Seri Musa kelihatan riang di sidang akhbar tersebut

Ketua Polis Negara Sihat
YDH Tan Sri Dato' Seri Musa sedang bercuti rehat mengambil kesempatan melihat pokok bunga yang ditanam di tepi kediamannya.

Ketua Polis Negara Sihat
Berita palsu ........ sebuah akhbar parti politik tempatan yang menyiarkan berita palsu tentang kesihatan sebenar beliau.

Ketua Polis Negara Sihat
Kenangan ...... para wartawan yang membuat liputan sidang akhbar itu mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato Hj. Hassan Ketua Polis Negara.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.28 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM