
Artikel
Ketua Polis Negara Pengerusikan Mesyuarat Ig S Update Bilangan 1 2025 Di Bukit Aman
Kuala Lumpur, 6 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat IG's Update Bilangan 1/2025 di bilik...
Kuala Lumpur, 6 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat IG's Update Bilangan 1/2025 di bilik mesyuaratnya di tingkat 31, Bukit Aman, di sini.
Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah serta beberapa Ketua Urus Setia KPN.
Mesyuarat bermula pada jam 9.30 pagi tadi dan berlangsung hampir tiga jam dengan pengesahan minit mesyuarat terdahulu serta beberapa sesi pembentangan oleh barisan Pengarah PDRM.
Ia juga antara lain bertujuan menyelaras semua perkara baharu yang dibangkitkan oleh ahli mesyuarat dalam tahun baharu ini selain membincangkan perkara-perkara berbangkit.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery



