Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah

Diterbitkan: 19 Jan 2015 3.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepang, 19 Januari 2015 – Melaksanakan ibadat Umrah pada musim sejuk merupakan satu impian bagi setiap umat Islam di seluruh dunia. Umrah merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mukallaf iaitu Islam, baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-polis-negara-kembali-dari-tunai-ibadah-umrah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:26 MYT

KETUA POLIS NEGARA KEMBALI DARI TUNAI IBADAH UMRAH

Sepang, 19 Januari 2015 – Melaksanakan ibadat Umrah pada musim sejuk merupakan satu impian bagi setiap umat Islam di seluruh dunia. Umrah merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mukallaf iaitu Islam, baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan.

          Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama isteri Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, yang menjadi tetamu Allah SWT, telah dijemput menunaikan ibadat Umrah pada musim sejuk. Turut serta menunaikan Umrah ialah Senior DCP Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim, Pengarah Jabatan KDNKA serta isteri Datin Normah Mohd Shah, Senior DCP Dato’ Hj. Osman Hj. Salleh, Ketua Polis Perak serta isteri Datin Hjh. Halijah Mohd Rashid dan SAC Dato’ Hj. Mohd Fuad Abd Latiff, Ketua Trafik Pasukan serta isteri Datin Hjh. Norsiah Musa.

          Rombongan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan MH8005, pada jam 6.50 pagi tadi. Ketibaan disambut oleh Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah JSJ, CP Dato’ Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Pengarah JPJKK dan Senior DCP Dato’ Zubaidah Md. Ismail, Pengarah JIPS serta DCP Dato’ Ramli Hj. Din, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM). 

Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah

CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun, menyambut ketibaan Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu, Ketua Polis Negara di KLIA sejurus tiba dari Madinah dengan penerbangan MH8005.



Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah


Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah


Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah


Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah


Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah


Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah


Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah


Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah


Ketua Polis Negara Kembali Dari Tunai Ibadah Umrah


Sekitar ketibaan rombongan di KLIA sejurus tiba dari Madinah dengan penerbangan MH8005 



ArtikelDiterbitkan 19 Jan 2015 3.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM