Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia

Diterbitkan: 11 Jun 2014 4.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
''Kita akan buat perhimpunan yang lebih hebat supaya Putrajaya dipenuhi lautan belia dari permulaan Boulevard hingga ke penghujung Boulevard, kita mahu tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia aman dan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-polis-negara-di-majlis-pelancaran-himpunan-sejuta-belia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:24 MYT
Perdana Menteri mahu sambutan lebih besar dengan sasaran dua juta belia tahun depan

Putrajaya - 28 Mei 2011. Walaupun sibuk dengan tugas mentadbir negara, Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia telah meluangkan masa  meninjau aktiviti serta program-program belia sempena Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada petang ini.

Lawatan Y.A.B. Perdana Menteri , bermula 2.30 petang telah diiringi oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama Menteri-Menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin belia.

'Walkabout' selama tiga jam dengan menaiki  'trem' di 12 kawasan program, telah memberi peluang kepadanya beramah mesra dengan para belia.

Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak  amat berpuas hati dengan penyertaan pada Himpunan Sejuta Belia kali ini dan mahu sambutan lebih besar pada tahun depan diadakan dengan sasaran penglibatan dua juta belia.

Perdana Menteri berkata, perhimpunan yang lebih hebat akan dianjurkan untuk mencapai sasaran tersebut.

''Kita akan buat perhimpunan yang lebih hebat supaya Putrajaya dipenuhi lautan belia dari permulaan Boulevard hingga ke penghujung Boulevard, kita mahu tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia aman dan stabil," kata beliau ketika berucap pada Himpunan Sejuta Belia di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, secara simboliknya kerajaan mengadakan Himpunan Sejuta Belia ini di Putrajaya kerana Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Persekutuan dan menjadi nadi urusan pentadbiran seharian.

Y.A.B. Perdana Menteri juga mahu golongan belia menjadi pemangkin kepada pelan transformasi kerajaan ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi dan negara maju pada 2020.

Menyifatkan takrifan belia pemimpin masa akan datang sebagai tidak tepat, Perdana Menteri dengan serius menegaskan, golongan itu sebenarnya amat diperlukan untuk keperluan hari ini khususnya sekarang dalam menggerakkan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE).

Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak hari ini juga mengumumkan enam inisiatif yang membawa manfaat kepada belia termasuk penubuhan Parlimen Belia yang memberi peluang kepada belia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Selain Parlimen Belia, Y.A.B. Perdana Menteri turut mengumumkan lima inisiatif lain yang menguntungkan belia iaitu mewujudkan Taman Belia di Putrajaya bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti orang muda seperti perkhemahan, memperkenalkan portal belia yang memaparkan maklumat aktiviti belia di negara ini, memperkenalkan program Ikon Belia untuk mengenal pasti idola yang boleh menjadi role model kepada kumpulan belia, memperkenalkan 'My Corps' untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia dan melaksanakan program 'The Leader' yang berkonsepkan mentor-mentee dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, industri, aktiviti sosial, kreatif dan kerjaya demi kebaikan belia.

"Kalau belia sokong kerajaan dan menjadi pemangkin transformasi ini, maka Insya-Allah apabila fajar menyinsing pada 2020, Malaysia akan dimartabatkan sebagai negara maju", akhiri ucapan oleh Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak.

Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia Tahun 2011, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara juga turut hadir bersama-sama memberi sokongan kepada golongan belia yang akan menjadi pemangkin kepada pelan transformasi kerajaan.

Turut mengiringi beliau ialah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.


Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia di pentas utama.

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
Menyampaikan ucapan dengan penuh semangat kepada ribuan belia yang hadir di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia Tahun 2011


Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia Tahun 2011

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
Menunggu ketibaan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
Berbual mesra...kanan, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera.

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
Terjumpa kenalan lama...

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
Bersama dengan Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
YDH Ketua Polis Negara bersama YB Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik bersama YDH DCP dat' Hadi Ho bin Abdullah dan YDH SAC Dato' Amar Singh a/l Ishar Singh

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri melambai tangan kepada belia-belia di bawah pentas utama.

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
Memakaikan topi kepada salah seorang belia yang memenangi Anugerah Belia yang disampaikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia

Ketua Polis Negara Di Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia
Gimik perasmian ...paramotor dari Komando 69, Pasukan Gerakan Khas PDRM


Wartawan  : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto     : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 4.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM