Ketua Polis Daerah Pertingkat Mutu Kepimpinan
Subang Jaya, 24 Nov- Kesemua Ketua Polis Daerah (KPD) seluruh Malaysia hari ini hadir bagi menjayakan Kursus Personal Transformation Programme For Leaders, Ketua Polis Daerah 2015 bertempat di Hotel Summit USJ bermula hari ini sehingga Khamis, 26 November 2015.
Penganjuran kursus yang melibatkan seramai 141 KPD mewakili keseluruhan Ibu Pejabat Polis Daerah di Malaysia ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kualiti tenaga manusia, profesionalisme agar pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta berintegriti selari dengan arus perkembangan bidang keilmuan dan cabaran masa kini.
Program anjuran Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), DCP Dato’ Abdul Ghafar Rajab yang hadir mewakili Ketua Polis Negara.
Memetik dalam ucapannya, Dato’ Abdul Ghafar menyifatkan KPD merupakan jawatan penting dalam PDRM di mana mereka merupakan nadi kepada keselamatan dan ketenteraman awam di sesebuah daerah di Negara ini.
Tambah beliau lagi, Kursus Emotional Spiritual Quetient (ESQ) ini diharapkan dapat membentuk karakter melalui latihan integrasi ilmu,psikologi dan pengurusan di samping pemupukan nilai-nilai teras,prinsip moral dengan gabungan elemen intelektual bagi mencapai matlamat diri dan hala tuju organisasi di bawah pentadbiran masing-masing kelak.
Hadir sama dalam progam ini Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard)), DCP Dato’ Hj Mohd Fuad Abdul Latif, Pengarah Emotional Spiritual Quetient Leadership Consultant, Mohammed Razid Abu Bakar, pegawai-pegawai kanan PDRM dan dif-dif jemputan.
Dari kiri,Pengarah Emotional Spiritual Quetient Leadership Consultant, Mohammed Razid Abu Bakar,Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), DCP Dato’ Abdul Ghafar Rajab,Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard), DCP Dato’ Hj Mohd Fuad Abdul Latif,
Ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), DCP Dato’ Abdul Ghafar Rajab
Sekitar majlis
Sekitar majlis
Penyampaian cenderahati
Bacaan doa
Sekitar majlis
Sekitar majlis