Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ketua Polis Baru Terengganu Ydh Dato Jamshah Mustapa

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Dato' Jamshah menyerahkan jawatannya kepada YDH ACP Rosniah Ramle, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentabdiran/Latihan) dan disaksikan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pen..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-polis-baru-terengganu-ydh-dato-jamshah-mustapa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:27 MYT
Bukit Aman - 20 Disember 2010.

"Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM di atas kepercayaan yang diberikan kerana dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu. Saya akan memastikan kepercayaan dan mandat yang diberikan akan dilaksanakan dengan sebaiknya dan bertekad memastikan Visi dan Misi PDRM dijayakan", ujar YDH SAC Dato' Jamshah Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan) ketika berucap di Majlis Serah/Terima Tugas Jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan).

Sebelum ini, YDH Dato' Jamshah pernah memegang jawatan Ketua Polis Daerah Padang Terap, Kedah, Penguasa Perhubungan Awam, Bukit Aman, Ketua Polis Daerah Kuantan, Pahang, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bukit Aman dan Timbalan Ketua Polis Selangor.

YDH Dato' Jamshah menyerahkan jawatannya kepada YDH ACP Rosniah Ramle, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentabdiran/Latihan) dan disaksikan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan).

Turut hadir majlis pagi ini adalah YDH SAC Dato' Haji Muhammad Nadzri bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), YDH SAC Dato' Aishah Bt Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel) dan Pegawai Kanan Polis.

Ketua Polis Baru Terengganu Ydh Dato Jamshah Mustapa
YDH SAC Dato' Jamshah (kiri) menyerahkan jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan) kepada YDH ACP Rosniah Ramle dan disaksikan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan).

Ketua Polis Baru Terengganu Ydh Dato Jamshah Mustapa
Bergambar kenangan..Pegawai Kanan Polis bersama YDH SAC Dato' Jamshah Mustapa.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM