Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ketua Geng Buyong Ditahan Di Bawah Poca

Diterbitkan: 06 May 2015 8.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 6 Mei - Polis Kelantan menahan seorang lelaki dipercayai ketua geng 'Buyong' yang terlibat dalam kegiatan jenayah di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketua-geng-buyong-ditahan-di-bawah-poca
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:21 MYT

Kota Baharu, 6 Mei - Polis Kelantan menahan seorang lelaki dipercayai ketua geng 'Buyong' yang terlibat dalam kegiatan jenayah di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013. 

Ketua Polis Kelantan, Dato' Mazlan Lazim berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang oleh anggota cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di hadapan Bangunan Great Wall di Kampung Dusun Raja di sini pada Rabu lepas.

"Kita sudah berjaya tahan suspek yang dikenali sebagai Buyong dan dia memang dikehendaki sejak tahun 2011 lagi kerana terlibat dalam pelbagai jenayah dan bersembunyi di Thailand," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Pasukan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kontinjen Kelantan di IPK Kelantan di sini, hari ini.

"Kumpulan Buyong terlibat dalam jenayah senjata api dan dadah. Mereka tidak kacau orang awam cuma bergaduh seasama sendiri kerana tidak mempunyai persefahaman.

"Kumpulan ini masih lagi wujud namun tidak begitu menonjol kerana kita sentiasa menjalankan operasi untuk membanteras kumpulan ini," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pelajar diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu terutama menerusi media sosial kerana ia boleh menyebabkan sesuatu perkara itu menjadi viral.

Sebaliknya mereka perlu mendapatkan pengesahan mengenai sesuatu perkara terlebih dahulu, katanya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 06 May 2015 8.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM