Artikel
Ketepikan Kepentingan Peribadi Demi Tugas
Kuala Lumpur, 26 Okt - "Saya ingin mengingatkan anda bahawa 'Policing is not a job, it is a profession' dan ia merupakan satu amanah serta tanggungjawab kepada...
Kuala Lumpur, 26 Okt – "Saya ingin mengingatkan anda bahawa 'Policing is
not a job, it is a profession' dan ia merupakan satu amanah serta
tanggungjawab kepada negara di mana seorang pegawai polis itu haruslah
bersedia mengetepikan keselesaan dan kepentingan peribadi demi
masyarakat dan negara,” ujar YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin,
Timbalam Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Upacara Perbarisan
Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2013 di Pusat Latihan
Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) , hari ini.
Beliau turut mengingatkan agar mengelakkan diri dari terjebak dalam gejala-gejala yang negatif seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, kegiatan jenayah atau kelakuan yang tidak bermoral yang bertentangan dengan peraturan dan etika seorang penjawat awam.
"Kesilapan yang anda lakukan ini bukan sahaja akan menghancurkan masa depan kerjaya anda, bahkan turut mencemarkan imej pasukan," tegasnya.
Upacara perbarisan pada hari ini telah menyaksikan seramai 594 orang Kadet Inspektor telah menamatkan latihan kepolisan selama 9 bulan yang bermula sejak 28 Januari tahun ini.
Dalam tempoh tersebut, Kadet-kadet Inspektor ini telah diberikan dengan pelbagai pendedahan penugasan di lapangan berdasarkan sukatan atau silibus untuk menjadi pegawai kanan PDRM.
Upacara pada hari ini turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah PDRM,YDH SAC Zulkifli bin Mohamad, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1 Tahun 2013, Komandan-komandan Maktab dan Pusat Latihan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Ketibaan Ketibaan YDH CP Datuk Wira Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM.

Ketibaan YDH DIG Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Pemeriksaan Baris.

Persembahan Kawad.

Lintas Hormat.

Persembahan Gerak Tangkas Polis.

Persembahan Stomb The Yard.

Penyampaian sijil dan penghargaaan.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalam Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Sekitar majlis berlangsung.

Detik-detik indah setelah tamat perbarisan.

Bergambar kenangan bersama ahli keluarga.

Bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara.

Sekitar Majlis berlangsung.