Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ketepikan Kepentingan Peribadi Demi Masyarakat Dan Negara Tkpn

Diterbitkan: 04 Feb 2017 10.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 4 Februari 2017 – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim hari ini telah menegaskan kepada semua warga Polis Diraja Malaysia khususnya kepada Kadet Inspektor yang bakal melaporkan tugas agar bersedia untuk mengenepikan kepentingan peribadi demi pengorbanan kepada masyarakat dan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ketepikan-kepentingan-peribadi-demi-masyarakat-dan-negara-tkpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:18 MYT

Kuala Lumpur, 4 Februari 2017 – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim hari ini telah menegaskan kepada semua warga Polis Diraja Malaysia khususnya kepada Kadet Inspektor yang bakal melaporkan tugas agar bersedia untuk mengenepikan kepentingan peribadi demi pengorbanan kepada masyarakat dan negara.

Berucap mewakili Ketua Polis Negara sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2016 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pagi tadi, beliau sebelumnya telah berkata selaras dengan usia PDRM yang bakal mencecah usia 210 tahun tahun ini semestinya memerlukan pelapis-pelapis yang dapat mencurahkan segala kepakaran dan kemahiran masing-masing demi kecemerlangan pasukan, bukannya sekadar mengisi kekosongan perjawatan semata-mata.

Beliau juga turut berpesan supaya nilai integriti sentiasa dipupuk di dalam diri setiap warga PDRM kerana kualiti itulah tunjang dalam pasukan dan merupakan aset terpenting dalam pembangunan sebuah organisasi yang dihormati dan disanjung tinggi.

Ujar beliau lagi, dengan ‘track record’ yang cemerlang setiap tahun serta pengukuhan integriti dan pematuhan standard yang semakin mantap, tidak mustahil persepsi serta kepercayaan masyarakat terhadap PDRM semakin mantap.

Majlis perbarisan tamat latihan pada hari ini disertai oleh seramai 596 Kadet Inspektor yang telah menjalankan latihan asas kepolisan mulai 8 Mei 2016 lalu.

Turut hadir pada hari ini, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Rusli Ahmad, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Dato' Shamsudin Mat, Timbalan-timbalan Pengarah, pegawai-pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.

IMG_8685
Sekitar Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2016 hari ini..

LINTAS HORMAT23
Tabik hormat daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim..

CEK BARIS2
Upacara pemeriksaan perbarisan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim..

IMG_8353
Sesi lintas hormat perlahan jalan dan cepat masa oleh Kadet Inspektor..

LINTAS HORMAT5
Sesi lintas hormat perlahan jalan dan cepat masa oleh Kadet Inspektor..

DIG1
Ucapan daripada Timbalan Ketua Polis Negara..
 
2nd LAST
Sekitar sesi penyampaian Anugerah Pelatih Terbaik..

IMG_8630
Sesi bacaan lafaz ikrar dan tiga kali sorakan sedia berkhidmat..

LAST27
Para Kadet Inspektor bersama dengan keluarga masing-masing setelah selesai perbarisan...

LAST15
Para Kadet Inspektor bersama dengan keluarga masing-masing setelah selesai perbarisan...
 
IMG_8699
Barisan jurulatih yang terlibat sepanjang Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2016...
ArtikelDiterbitkan 04 Feb 2017 10.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM