Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kesiapsiagaan Pdrm Dalam Pengurusan Media Hadapi Situasi Krisis

Diterbitkan: 30 Nov 2017 1.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 30 November 2017- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari bahawa pengurusan media secara efisien ketika menghadapi situasi krisis adalah amat penting bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat adalah tepat dan berkesan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kesiapsiagaan-pdrm-dalam-pengurusan-media-hadapi-situasi-krisis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:01 MYT
​

KESIAPSIAGAAN PDRM DALAM PENGURUSAN MEDIA HADAPI SITUASI KRISIS

Kuala Lumpur, 30 November 2017- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari bahawa pengurusan media secara efisien ketika menghadapi situasi krisis adalah amat penting bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat adalah tepat dan berkesan.

Justeru, bagi tujuan tersebut, PDRM melalui Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah mengadakan Program Seminar Pengurusan Media yang diadakan di Dewan Timbalan Ketua Polis Negara, Maktab PDRM Kuala Lumpur, pagi tadi.

Program yang berlangsung dalam dua sesi itu telah menjemput Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato’ Asmawati Ahmad bagi mengisi slot pagi dengan ceramah beliau bertajuk "Handling Media Management and Interviews", yang menekankan berkenaan persediaan PDRM menghadapi situasi krisis disebabkan bencana alam seperti banjir dan persiapan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Slot petang kemudiannya diisi dengan sesi dialog bersama tiga panel jemputan yang terdiri daripada Pengarang Berita Harian, Encik Ismail Mat Din, Pengarang Berita Utusan, Puan Azian Abd. Aziz dan Penasihat Perunding Kanan The Star Media Group, Encik T. Selva Sesi tersebut yang dikendalikan oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad itu adalah bagi berkongsi pandangan, pengalaman dan pendapat di antara panel jemputan dengan para peserta program yang hadir.

Secara keseluruhannya, program ini bertujuan memurni serta memberikan pendedahan maklumat-maklumat terbaharu berkaitan pengurusan media, memberi keyakinan diri ketika memberikan kenyataan media dan memastikan pengendalian dan pengurusan media dilaksanakan dengan cekap, sempurna dan berkesan. Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah, ketua-ketua polis negeri, komander-komander briged dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

Kesiapsiagaan Pdrm Dalam Pengurusan Media Hadapi Situasi KrisisKesiapsiagaan Pdrm Dalam Pengurusan Media Hadapi Situasi Krisis
ArtikelDiterbitkan 30 Nov 2017 1.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM