Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keselamatan Komuniti Adalah Matlamat Kami

Published: 06 Apr 2015 10.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, April 6 – Hari Polis disambut setiap tahun dengan meriah di seluruh negara dan pada tahun ini, tema Hari Polis ke-208 ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ menjadi fokus utama jalinan kerjasama polis dengan masyarakat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keselamatan-komuniti-adalah-matlamat-kami
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:09 MYT

Melaka, April 6 – Hari Polis disambut setiap tahun dengan meriah di seluruh negara dan pada tahun ini, tema Hari Polis ke-208 ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ menjadi fokus utama jalinan kerjasama polis dengan masyarakat.

Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sanggup bekerja tanpa henti bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin.

Selain itu, keunikan PDRM dari segala bentuk kepolisan bermula dengan tugasan am hingga ke risikan adalah di bawah bidang kuasa pasukan itu, malah warga PDRM sanggup mengorbankan masa serta komited dengan tugas demi keselamatan komuniti, signifikan dengan sambutan Hari Polis tahun ini. 

Menurut Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) kontinjen Melaka, DSP V. Gunasegaran, kerjaya sebagai pegawai polis telah berjaya merealisasikan impian beliau untuk berbakti kepada masyarakat dan negara. 

"Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang susah dan dibesarkan di kawasan ladang, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat saya untuk menjadi seorang pegawai polis. Ternyata, impian untuk berjasa kepada masyarakat dan negara berjaya dikecapi," tambah beliau.

Sumber : Makkal Osai

Keselamatan Komuniti Adalah Matlamat Kami
ArticlePublished 06 Apr 2015 10.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM