RAWANG, 21 Jun 2012 -
"Usaha melaksanakan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalanraya oleh Great
Wall Plastic Industry Berhad (GWPIB) adalah satu usaha yang cukup murni
dan perlu dibanggakan. Ini adalah merupakan satu inisiatif pihak
syarikat dalam menjaga kebajikan pekerja yang merupakan aset utama
kepada syarikat. Ia juga adalah usaha yang boleh membantu PDRM bagi
mencapai hasrat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Malaysia.."
ucap YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan (KTP) Bukit
Aman di majlis Kempen Keselamatan Jalanraya yang diadakan di GW Plastics
Holdings Berhad, Rawang, Selangor.
Kempen
yang bertemakan "Keselamatan Anda, Kami Prihatin" ini adalah bertujuan
bagi memberi kesedaran terhadap pekerja-pekerja GWPI yang sentiasa
berulang-alik dari rumah ke tempat kerja terutama sekali bagi yang
menunggang motorsikal. Antara aktiviti sepanjang majlis adalah pelepasan
15 buah motorsikal dan juga pamakaian jaket keselamatan kepada pekerja.
Turut
hadir semasa majlis adalah YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik
Pasukan (KTP) Bukit Aman, Y.Bhg Mr. Lim Kok Boon, Ketua Pegawai
Eksekutif GWPIB, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Pengurus-pengurus Atasan
GWPIB, kakitangan GWPIB dan juga jemputan media.

Ketibaan YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan.

Ucapan pengenalan oleh Y.Bhg Mr. Lim Kok Boon, Ketua Pegawai Eksekutif GWPIB.

Ucapan aluan dan perasmian oleh YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan.
Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya.




YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan memakaikan jeket keselamatan kepada salah seorang pekerja GWPI.

Bergambar kenangan.

YDH
Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan bersama Y.Bhg Mr. Lim
Kok Boon, Ketua Pegawai Eksekutif GWPIB melepaskan 15 buah motorsikal di
hadapan bangunan pejabat GWPIB.

Bergambar kenangan.
YDH
Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan dan Y.Bhg Mr. Lim Kok
Boon, Ketua Pegawai Eksekutif GWPIB saling bertukar cenderamata.



Sesi bersama Media.
Jurufoto & wartawan : L/Kpl Raymond
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Keselamatan Anda Kami Prihatin
Kempen yang bertemakan 'Keselamatan Anda, Kami Prihatin' ini adalah bertujuan bagi member kesedaran terhadap pekerja-pekerja GWPI yang sentiasa berulang-alik dari rumah ke tempat kerja terutama sekali..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keselamatan-anda-kami-prihatin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.