Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kes Tunjuk Kemaluan Di Dalam Mrt

Diterbitkan: 12 Dec 2023 12.18 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
"Pada 5 Disember 2023 jam lebih kurang 9.32 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis dari seorang mangsa wanita berhubung perbuatan seorang lelaki (suspek) warga tempatan menunjukkan kemaluannya ketika berada di dalam sebuah tren Mass Rapit Transit (MRT)."
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-tunjuk-kemaluan-di-dalam-mrt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT
"Pada 5 Disember 2023 jam lebih kurang 9.32 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis dari seorang mangsa wanita berhubung perbuatan seorang lelaki (suspek) warga tempatan menunjukkan kemaluannya ketika berada di dalam sebuah tren Mass Rapit Transit (MRT)."

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah berjaya memberkas suspek pada 11 Disember 2023 jam lebih kurang 11.40 malam di Bandar Sungai Long, Kajang."

"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika suspek berada di dalam sebuah gerabak MRT dari Stesen Kepong ke Stesen Metro Prima dan dengan sengaja menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955."

"Polis Kuala Lumpur menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang perbuatan yang tidak bermoral yang boleh mengganggu ketenteraman awam."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari

Pautan Video:

https://youtube.com/shorts/gviv5xRvBM4?feature=share

ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2023 12.18 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM