
"Pada 5 Disember 2023 jam lebih kurang 9.32 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis dari seorang mangsa wanita berhubung perbuatan seorang lelaki (suspek) warga tempatan menunjukkan kemaluannya ketika berada di dalam sebuah tren Mass Rapit Transit (MRT)."
Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah berjaya memberkas suspek pada 11 Disember 2023 jam lebih kurang 11.40 malam di Bandar Sungai Long, Kajang."
"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika suspek berada di dalam sebuah gerabak MRT dari Stesen Kepong ke Stesen Metro Prima dan dengan sengaja menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955."
"Polis Kuala Lumpur menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang perbuatan yang tidak bermoral yang boleh mengganggu ketenteraman awam."
https://youtube.com/shorts/gviv5xRvBM4?feature=share