Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Pelajar Bergaduh Di Nilai Polis Sedang Kenal Pasti Pelajar Terlibat

Published: 20 Jun 2017 6.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Nilai, 20 Jun 2017 - Polis menyiasat satu rakaman video pergaduhan membabitkan dua remaja dipercayai pelajar sekolah menengah yang didakwa berlaku di Mantin di sini, yang tersebar di Facebook, sejak semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-pelajar-bergaduh-di-nilai-polis-sedang-kenal-pasti-pelajar-terlibat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:36 MYT

Nilai, 20 Jun 2017 - Polis menyiasat satu rakaman video pergaduhan membabitkan dua remaja dipercayai pelajar sekolah menengah yang didakwa berlaku di Mantin di sini, yang tersebar di Facebook, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata pihaknya menjalankan siasatan lanjut termasuk kesahihan dakwaan kejadian itu membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin dan berlaku di sini.

"Kita belum menerima laporan rasmi mengenai kejadian itu, namun siasatan sudah dimulakan sebaik menerima maklumat mengenainya.

"Kita juga akan berhubung dengan pihak sekolah untuk mengenal pasti identiti pelajar yang terbabit dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam rakaman video selama kira-kira satu minit itu, dua remaja lelaki masing-masing memakai kemeja-T tanpa lengan bergaduh, manakala lebih 10 pelajar berpakaian seragam sekolah, bersorak mengelilingi mereka di sebuah taman permainan.

Sumber: Berita Harian Online

ArticlePublished 20 Jun 2017 6.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM