Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Langgar Lari Di Puchong Polis Buru Pemandu Tidak Bertanggungjawab

Published: 10 Jan 2018 7.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kenderaan di Lebuh Puchong-Bukit Jalil menghala ke Puchong, Serdang pada 8 pagi hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-langgar-lari-di-puchong-polis-buru-pemandu-tidak-bertanggungjawab
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:23 MYT

Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kenderaan di Lebuh Puchong-Bukit Jalil menghala ke Puchong, Serdang pada 8 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa Norizan Montak, 28, dalam perjalanan dari Bandar Kinrara menghala ke Puchong.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan tidak dikenal pasti menyebabkannya terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.15 pagi selepas mayat mangsa ditemui orang awam,” katanya.

Katanya, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti kenderaan terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 10 Jan 2018 7.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM