Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Insiden Pergaduhan 7 Sudah Diambil Rakaman Percakapan

Published: 31 May 2016 1.24 AM Updated: 15 Aug 2026 7.27 PM
Seramai tujuh orang saksi sudah diambil rakaman percakapan oleh polis Kedah dalam usaha menyelesaikan kes pergaduhan di jalan raya membabitkan Timbalan Speaker Kedah baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-insiden-pergaduhan-7-sudah-diambil-rakaman-percakapan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:58 MYT

Seramai tujuh orang saksi sudah diambil rakaman percakapan oleh polis Kedah dalam usaha menyelesaikan kes pergaduhan di jalan raya membabitkan Timbalan Speaker Kedah baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin, pihak polis bertindak segera sebaik sahaja pengadu membuat laporan polis pada hari kejadian dan keterangan turut diambil dari dua saksi bebas yang berada di lokasi menyaksikan insiden tersebut.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dengan turut mengadakan kawad cam terhadap tiga individu dalam usaha untuk mengenal pasti punca kejadian sebelum merujuk kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk nasihat selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

Kes Insiden Pergaduhan 7 Sudah Diambil Rakaman Percakapan
ArticlePublished 31 May 2016 1.24 AMUpdated 15 Aug 2026 7.27 PM