Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kes Gaduh Tiga Lelaki Ditahan Polis

Diterbitkan: 09 Sep 2018 7.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Petaling Jaya, 9 September 2018 - Tiga lelaki ditahan polis kerana terlibat di dalam satu pergaduhan di luar Kolej Tingkatan 6, Jalan PJS 5 di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-gaduh-tiga-lelaki-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:20 MYT

Petaling Jaya, 9 September 2018 - Tiga lelaki ditahan polis kerana terlibat di dalam satu pergaduhan di luar Kolej Tingkatan 6, Jalan PJS 5 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama berkata, pergaduhan yang tercetus pada kira-kira pukul 1 tengah hari itu disyaki berpunca daripada provokasi berbaur politik antara mereka.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka berumur antara 30 hingga 50 tahun ditahan pada pukul 3 petang berhampiran tempat kejadian pergaduhan itu.

“Dua daripada mereka mengalami kecederaan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh,” katanya - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 09 Sep 2018 7.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM