Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Gaduh Tiga Lelaki Ditahan Polis

Published: 09 Sep 2018 7.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Petaling Jaya, 9 September 2018 - Tiga lelaki ditahan polis kerana terlibat di dalam satu pergaduhan di luar Kolej Tingkatan 6, Jalan PJS 5 di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-gaduh-tiga-lelaki-ditahan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:59 MYT

Petaling Jaya, 9 September 2018 - Tiga lelaki ditahan polis kerana terlibat di dalam satu pergaduhan di luar Kolej Tingkatan 6, Jalan PJS 5 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama berkata, pergaduhan yang tercetus pada kira-kira pukul 1 tengah hari itu disyaki berpunca daripada provokasi berbaur politik antara mereka.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka berumur antara 30 hingga 50 tahun ditahan pada pukul 3 petang berhampiran tempat kejadian pergaduhan itu.

“Dua daripada mereka mengalami kecederaan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh,” katanya - BERNAMA

ArticlePublished 09 Sep 2018 7.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM