
Kes Dera Cabul Anak Yatim Polis Tunggu Laporan Perubatan
Temerloh, 11 November 2018 - Pihak polis masih menunggu laporan akhir perubatan penghuni rumah kebajikan anak yatim berikutan kes penderaan dan gangguan seksual yang berlaku.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, siasatan masih diteruskan dari segenap aspek selain menunggu laporan tersebut.
"Kita telah mengambil keterangan tiga petugas termasuk pemilik sebuah rumah kebajikan anak yatim terbabit berhubung kes ini bagi melengkapkan siasatan.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,"katanya ketika dihubungi hari ini.