Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Anggota Polis Kejar Suspek Penjenayah Dikhuatiri Lemas

Diterbitkan: 10 Nov 2018 2.55 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Dungun 10 November 2018 - Seorang anggota polis dan seorang suspek penjenayah dikhuatiri lemas selepas mereka terjatuh ke dalam Sungai Paka Kampung Baru Durian Mentangau malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anggota-polis-kejar-suspek-penjenayah-dikhuatiri-lemas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:44 MYT

Dungun 10 November 2018 - Seorang anggota polis dan seorang suspek penjenayah dikhuatiri lemas selepas mereka terjatuh ke dalam Sungai Paka Kampung Baru Durian Mentangau malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu , konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28 , yang bertugas di Balai Polis Paka sedang mengejar suspek (dikenali sebagai Zam Ayam) yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Limbong, Bandar Paka Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah ketika ditemui memberitahu, terdahulu mangsa bersama tiga rakan sekerja melakukan intipan di sekitar kawasan kediaman suspek.

"Suspek yang menyedari kehadiran anggota polis bertindak melarikan diri ke belakang rumahnya sebelum dikejar oleh anggota terbabit dan ketika sedang mengejar, kedua - duanya dipercayai tergelincir dari tebing sungai," katanya.

"Kedua mangsa cuba berenang namun arus deras akibat hujan yang berterusan sejak dua hari menghanyutkan mereka," ujarnya.

Katanya lagi, rakan sekerja mangsa yang melihat kejadian tersebut cuba menyelamatkan kedua-dua mereka, namun tidak berjaya.

Artikel penuh seperti berikut http://m.utusan.com.my/…/anggota-polis-suspek-dikhuatiri-le…

ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2018 2.55 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM