Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Bunuh Guru Al Quran Seorang Lagi Ditahan

Published: 03 Aug 2015 9.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 3 Ogos- Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang guru al-Quran di Kampung Dendong, Jeli minggu lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-bunuh-guru-al-quran-seorang-lagi-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:52 MYT

Kota Baharu, 3 Ogos- Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang guru al-Quran di Kampung Dendong, Jeli minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Ahmad Taufek Abdullah berkata lelaki berumur 54 tahun itu yang beralamat terakhir di Tanah Merah ditahan di sebuah kedai kopi di Kampung Batu melintang, Jeli pada pukul 5 petang semalam.

"Kita akan cari orang terakhir yang berjumpa dengan mangsa bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Ahmad Taufek berkata suspek kini direman selama tujuh hari.

Seorang individu berumur 52 tahun ditahan Jumaat lalu dan turut direman.

Pihak polis sedang menyelesaikan kes berhubung kematian Ruziah Saupi, 50, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu sebelum ditemui mati pada Khamis lepas di tebing Sungai Pergau, Batu Melintang.- BERNAMA

ArticlePublished 03 Aug 2015 9.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM