Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Bunuh Di Johor Belum Ada Tangkapan

Published: 18 Dec 2017 2.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Johor menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung tangkapan suspek kes bunuh di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, malam semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-bunuh-di-johor-belum-ada-tangkapan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:58 MYT


Polis Johor menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung tangkapan suspek kes bunuh di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Azman Ayob mengesahkan maklumat yang tular di laman sosial Facebook (FB) yang turut dikongsikan di aplikasi sembang adalah tidak tepat memandangkan belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Beliau berkata, penularan maklumat itu perlu dihentikan supaya tidak mengganggu siasatan pihak polis.

"Maklumat tidak tepat. Kita seru hentikan tular liar yang boleh mengganggu siasatan.

"Isu masih dlm siasatan. Belum ada tangkapan dan kita akan makumkan jika ada perkembangan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Malam semalam, dipercayai empat lelaki menikam, melanggar dan menggilis seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an sehingga mati dalam kejadian tragis pada 7.30 malam.

Sejak pagi ini, satu berita berhubung suspek dalam kes bunuh itu yang sudah berjaya ditangkap tular di FB dan turut mendakwa kes berkenaan sudah selesai.

Azman memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/294520/belum-ada-tangkapan
ArticlePublished 18 Dec 2017 2.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM