Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Belasah Pengawas Polis Dah Tahan Empat Abang Senior Sekolah

Published: 13 Oct 2018 12.41 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Labuan, 13 Oktober 2018 - Seorang pengawas di sebuah sekolah berasrama penuh dekat sini dibelasah empat senior yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa melaporkan kegiatan mereka merokok di pekarangan sekolah kepada guru disiplin baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-belasah-pengawas-polis-dah-tahan-empat-abang-senior-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT

Labuan, 13 Oktober 2018 - Seorang pengawas di sebuah sekolah berasrama penuh dekat sini dibelasah empat senior yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa melaporkan kegiatan mereka merokok di pekarangan sekolah kepada guru disiplin baru-baru ini.

Mangsa yang berusia 16 tahun diserang empat pelajar lelaki tingkatan lima di kawasan lapang di dalam asrama sekolah kira-kira pukul 5.47 petang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan patah pada jari manis tangan kanan, benjol di kepala dan kesan calar pada bahagian leher.

"Polis menerima laporan daripada mangsa semalam, selepas hadir ke balaipolis bersama bapanya. Berdasarkan keterangan mangsa, dia telah diserang empat pelajar tingkatan lima.

"Difahamkan, kesemua pelajar terbabit tidak berpuas hati selepas mangsa mengadu kepada guru disiplin mengenai kegiatan mereka yang merokok di pekarangan sekolah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Farid, kesemua suspek berusia 17 tahun itu diberkas di kawasan sekolah pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka direman selama empat hari bermula tarikh tangkapan," jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo! Online

Kes Belasah Pengawas Polis Dah Tahan Empat Abang Senior Sekolah
ArticlePublished 13 Oct 2018 12.41 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM