Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kes 1mdb Nilai Rampasan Kini Mencecah Rm1 1 Billion

Diterbitkan: 27 Jun 2018 7.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan jumlah rampasan di beberapa buah premis bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak yang ada kaitan dengan 1MDB* adalah mencecah di antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-1mdb-nilai-rampasan-kini-mencecah-rm1-1-billion
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:56 MYT

Kuala Lumpur, 26 Jun 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan jumlah rampasan di beberapa buah premis bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak yang ada kaitan dengan 1MDB* adalah mencecah di antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman, Dato’ Sri Amar Singh Ishar Singh berkata dalam satu sidang media khas di Menara KPJ, kesemua barang rampasan berupa dokumen, barangan kemas dan wang tunai itu kini disimpan di Bank Negara bagi tujuan keselamatan. 

Tambah beliau, tempoh proses pengiraan nilai barang rampasan tersebut mengambil masa 36 hari sejak bulan Mei lalu berdasarkan faktor kuantiti yang agak besar dan PDRM telah menubuhkan lapan pasukan khas yang terdiri daripada 150 orang pegawai dan anggota polis untuk menyempurnakan proses pengiraan barang rampasan terbabit. 

“Sumber atau penyumbang kepada barang-barang yang dirampas masih dikenal pasti dan PDRM akan terus memanggil saksi-saksi yang terlibat bagi membantu melancarkan proses siasatan yang sedang berjalan," tambah beliau lagi.

DSC05112
Sekitar sidang media JSJK di Menara KPJ, ibu negara pagi tadi.

DSC05158

ArtikelDiterbitkan 27 Jun 2018 7.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM