Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kertas Kerja Tambah Baik Perkhidmatan Ipd Antara Agenda Mesyuarat Star Bilangan 4 Tahun 2024

Diterbitkan: 29 Oct 2024 6.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.50 PM
Putrajaya, 29 Oktober 2024 - Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 4 Tahun 2024 yang berlangsung pagi tadi antara lain membentangkan beberapa syor untuk merakyatkan lagi penyampaian perkhidmatan keselamatan di semua ibu pejabat polis daerah (IPD) dan balai polis di bawahnya yang berlangsung dekat Bilik Persidangan, Bangunan Perdana Putra, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kertas-kerja-tambah-baik-perkhidmatan-ipd-antara-agenda-mesyuarat-star-bilangan-4-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:31 MYT
Putrajaya, 29 Oktober 2024 - Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 4 Tahun 2024 yang berlangsung pagi tadi antara lain membentangkan beberapa syor untuk merakyatkan lagi penyampaian perkhidmatan keselamatan di semua ibu pejabat polis daerah (IPD) dan balai polis di bawahnya yang berlangsung dekat Bilik Persidangan, Bangunan Perdana Putra, di sini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dengan dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.
Ketua agensi Kerajaan Persekutuan lain yang hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dan Asisten Ketua Staf Perancang Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Zulkifli Hj. Hamid TUDM yang mewakili Panglima Angkatan Tentera.

Penubuhan STAR diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Februari tahun lalu setelah dibentangkan dalam Belanjawan 2023.

Antara fungsi STAR adalah untuk menambah baik semua perkhidmatan dalam kerajaan bagi membendung budaya kerja lama dan peraturan tidak munasabah serta menghapuskan prosedur-prosedur kerja yang boleh melewatkan proses pekerjaan awam.

Pada 10 September lalu, Tan Sri Razarudin telah menghadiri Majlis Apresiasi Kepimpinan KSN di PUSPANITAPURI yang antara lainnya mendengar pengumuman berkenaan lima bidang keberhasilan reformasi bagi menjadikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam sebagai gagasan baharu pada tahun ini.

Ia termasuklah agenda KSN untuk merakyatkan lagi perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dalam memberi anjakan nilai kepada tugasan setiap warga Pasukan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.
ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2024 6.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.50 PM