Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kerjasama Strategik Pdrm Dan Spr Perkasa Kesiapsiagaan Hadapi Pilihan Raya

Published: 11 Jun 2026 1.43 PM Updated: 15 Aug 2026 7.53 PM
Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang optimum dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerjasama-strategik-pdrm-dan-spr-perkasa-kesiapsiagaan-hadapi-pilihan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:48 MYT
Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang optimum dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Perkara tersebut dibincangkan dalam kunjungan hormat Pengerusi SPR, Dato' Sri Ramlan Dato' Harun ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pelbagai aspek persediaan dan penyelarasan antara kedua-dua agensi bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya, termasuk pelaksanaan undi awal, pengurusan undi pos, kawalan keselamatan serta ketenteraman awam.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkukuh koordinasi operasi bagi memastikan setiap proses pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan selamat.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman, CP Datuk Mohd Hairuddin Che Hamid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Datuk Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Zaman Shah Omar, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Lim Chee Wah serta para pegawai SPR.

Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

May be an image of dais and text that says 'IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MAL MALAYSIA VSIA BUKIT AMAN ធជិង EPEMAH EMAH BUKITAMAN BUKIT AMAN'

May be an image of dais and text

May be an image of table and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and newsroom

May be an image of one or more people and text
ArticlePublished 11 Jun 2026 1.43 PMUpdated 15 Aug 2026 7.53 PM