Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kerjasama Strategik Pdrm Dan Atm Beri Impak Maksimum

Published: 17 Jun 2014 6.36 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Ini berpunca daripada usaha PDRM untuk menjalankan aktiviti pencegahan jenayah yang lebih berkesan di seluruh Malaysia melalui Pelan Strategik Lima Tahun (PS5T) dengan menyasarkan penambahan keanggota..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerjasama-strategik-pdrm-dan-atm-beri-impak-maksimum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:16 MYT

Keputusan untuk menggunakan ke mudahan latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melatih pelatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan saja satu usaha menyelesaikan masalah PDRM, tetapi juga menjimatkan kos kira-kira RM640 juta.

Ini berpunca daripada usaha PDRM untuk menjalankan aktiviti pencegahan jenayah yang lebih berkesan di seluruh Malaysia melalui Pelan Strategik Lima Tahun (PS5T) dengan menyasarkan penambahan keanggotaan kepada 150,000 menjelang 2011.

Sasaran ini memerlukan 12,000 calon dilatih setiap tahun selama lima tahun, namun kekurangan tempat latihan serta penangguhan dan kelewatan pembinaan pusat latihan oleh kontraktor dilantik mengakibatkan sasaran ini tidak dapat dicapai.

Kolaborasi antara PDRM dengan ATM diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui strategi Kepolisan Lautan Biru dengan mengaplikasikan pendekatan berikut : Mengadakan program latihan asas anggota polis menggunakan kemudahan tentera, Melaksanakan tugas kawalan dan rondaan polis bersama anggota tentera, Pelantikan bekas anggota tentera untuk berkhidmat dalam PDRM.

Sumber : Harian Metro

Kerjasama Strategik Pdrm Dan Atm Beri Impak Maksimum

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.36 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM