Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kerja Sambilan Bawa Ganja Dalam Teksi

Published: 06 Nov 2014 2.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 6 November - Seorang pemandu teksi tidak hanya menjadikan kenderaan pengangkutan awam dibawa untuk mengambil penumpang malah turut menjalankan kegiatan 'tokan' dadah secara sambilan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerja-sambilan-bawa-ganja-dalam-teksi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:38 MYT
Kuala Lumpur, 6 November - Seorang pemandu teksi tidak hanya menjadikan kenderaan pengangkutan awam dibawa untuk mengambil penumpang malah turut menjalankan kegiatan 'tokan' dadah secara sambilan.

Suspek berusia 40-an itu dikesan turut menggunakan teksi dipandu untuk menghantar dadah kepada penagih yang membuat tempahan darinya.

Penyamaran itu bagaimana pun terbongkar apabila suspek akhirnya ditahan polis ketika dalam perjalanan mengambil seorang penumpang di Jalan Ampang di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, suspek ditahan bersama kira-kira dua kilog ram ganja yang disembunyikan di dalam sebuah beg.

"Suspek berjaya ditahan selepas pihak polis menja lankan intipan dan risikan terhadap suspek yang dipercayai menjalankan kegialan mengedar ganja di ibu negara sejak beberapa bulan lalu.

"Ketulan mampat ganja itu dipercayai ingin diserahkan suspek kepada pelanggan tetapnya. Bagaimana pun polis berjaya mematahkan cubaan itu." katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek turut positif dadah dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
Kerja Sambilan Bawa Ganja Dalam Teksi

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 06 Nov 2014 2.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM