
Artikel
Kereta Mewah Curi Polis Jumpai Semula Di Seri Kembangan
Kereta Porsche Panamera yang dicuri dari sebuah bilik pameran di Jalan Bukit Bintang pada 11 Oktober lepas, ditemui semula, semalam...
KUALA LUMPUR - Kereta Porsche Panamera yang dicuri dari sebuah bilik pameran di Jalan Bukit Bintang pada 11 Oktober lepas, ditemui semula, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Dato’ Ku Chin Wah berkata, kereta Porsche bernilai RM900,000 itu ditemui semula berdekatan sebuah kondominium di Seri Kembangan pada kira-kira jam 12 tengah hari.
Setakat ini pihak polis berjaya menahan seorang suspek yang disyaki terlibat di dalam kes tersebut di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang, 12 Oktober lalu selepas kurang 24 jam kereta mewah itu dilaporkan dicuri.
Polis juga masih mengesan seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Shoo Kar Sin, 42 tahun bagi membantu siasatan. Alamat terakhir beliau adalah Blok D, Jalan Prima 1, Vista Magna, Metro Prima, Batu 7, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
Sumber: New Straits Times
