Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Wira Senoi Praaq Hanya Makan Bubur Dan Sup Selama 4 Bulan

Published: 08 Apr 2021 2.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sarjan Norihan yang sebelum ini parah selepas berbalas tembakan dengan penyeludup sewaktu melakukan rondaan berhampiran Pos TS9 Padang Besar, Perlis sudah semakin pulih dan mula kembali bertugas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-wira-senoi-praaq-hanya-makan-bubur-dan-sup-selama-4-bulan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:33 MYT
Tapah, 8 April 2021 - Wira Senoi Praaq, Sarjan Norihan Tari, 39, kini sudah boleh menjamah makanan pejal berbanding hanya makan bubur nasi dan sup ikan haruan selama empat bulan berpantang.

Sarjan Norihan yang sebelum ini parah selepas berbalas tembakan dengan penyeludup sewaktu melakukan rondaan berhampiran Pos TS9 Padang Besar, Perlis sudah semakin pulih dan mula kembali bertugas.

Menurut Sarjan Norihan, keadaan kesihatannya bertambah baik dan sudah boleh mengambil makanan pejal berbanding hanya bubur nasi dan sup ikan haruan semasa berpantang.

"Makanan kegemaran ialah nasi bersama ayam masak kicap air tangan isteri, setelah lebih empat bulan berpantang saya kini boleh makan seperti biasa.

"Malah, sekarang makin berselera makan cuma saya tidak ambil makanan pedas" ujarnya yang menyimpan kesan parut akibat tembakan penyeludup iaitu satu pada bawah ketiak dan dua di perut.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of one or more people, people standing and text
ArticlePublished 08 Apr 2021 2.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM