Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Wira Muda Senoi Praaq Teruskan Legasi

Published: 07 Apr 2021 2.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Api perjuangan Senoi Praaq yang disemarakkan oleh wira-wira masyarakat Orang Asli tidak terpadam apabila pasukan ini terus diisi dengan kemasukan anggota-anggota baharu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-wira-muda-senoi-praaq-teruskan-legasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:26 MYT
 
Api perjuangan Senoi Praaq yang disemarakkan oleh wira-wira masyarakat Orang Asli tidak terpadam apabila pasukan ini terus diisi dengan kemasukan anggota-anggota baharu.

Ia sekali gus meneruskan kesinambungan Orang Perang ini yang digeruni musuh dan disegani rakan seangkatan.

Senoi Praaq yang ditubuhkan pada 16 Mac 1955 ilham Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ketika itu, Leftenan Kolonel ROD Noone adalah bagi menyekat pengaruh komunis dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Pada tanggal 1 Mac lalu menyaksikan seramai 76 orang wira muda berjaya menamatkan latihan pada Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2020 di Lapang Sasar Utama, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Ipoh, Perak.

Kesemua pelatih menjalani latihan kepolisan serta kemahiran tempur di Pusat Latihan PGA Ulu Kinta selama enam bulan agar bersedia melaksanakan tugas menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.


May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text

May be an image of one or more people, people standing and outdoors
ArticlePublished 07 Apr 2021 2.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM