Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Warga Emas Tidak Layak Memandu Pengarah Jspt

Published: 13 Aug 2025 3.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 13 Ogos 2025 - Jumlah kematian pemandu berusia 61 tahun ke atas yang tinggi akibat kemalangan jalan raya menimbulkan persoalan sama ada mereka layak atau sebaliknya untuk terus memandu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-warga-emas-tidak-layak-memandu-pengarah-jspt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:15 MYT
Petaling Jaya, 13 Ogos 2025 - Jumlah kematian pemandu berusia 61 tahun ke atas yang tinggi akibat kemalangan jalan raya menimbulkan persoalan sama ada mereka layak atau sebaliknya untuk terus memandu.

Menurut data Polis Diraja Malaysia (PDRM), hampir 7,000 kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan peringkat umur itu direkodkan dalam tempoh enam tahun sejak 2019 hingga 2024.

Bagi tempoh berkenaan, seramai 19,812 pemandu warga emas dalam usia berkenaan, dilaporkan terlibat kemalangan jalan raya, sekaligus mengundang kebimbangan banyak pihak khususnya PDRM.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, jumlah kematian terbabit adalah hasil dapatan pihaknya membabitkan pengguna jalan raya berusia 61 tahun ke atas.

Beliau berkata, daripada jumlah terbabit, seramai 6,733 pengguna jalan raya warga emas maut, manakala 2,132 orang parah dan 10,947 lagi mengalami kecederaan ringan.

Daripada jumlah terbabit, seramai 13,597 pengguna jalan raya adalah mereka yang berusia 60 hingga 70 tahun terlibat dengan nahas manakala 6,215 lagi merupakan 71 tahun ke atas,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 13 Aug 2025 3.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM