Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Warga Emas Tembak Kucing Ditangkap

Published: 21 Aug 2020 2.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Bharu, 21 Ogos 2020 - Perbuatan kejam seorang pesara menembak dua ekor kucing sehingga menyebabkan seekor daripadanya mati berbalas apabila lelaki itu ditangkap kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-warga-emas-tembak-kucing-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:38 MYT

Kota Bharu, 21 Ogos 2020 - Perbuatan kejam seorang pesara menembak dua ekor kucing sehingga menyebabkan seekor daripadanya mati berbalas apabila lelaki itu ditangkap kelmarin.

Tangkapan ke atas warga emas berusia lingkungan 70-an itu dibuat selepas kejadian kucing mati dipercayai ditembak dengan senapang angin tular di dalam laman Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Tuan Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

"Polis menahan suspek pada pukul 12.20 tengah malam tadi (semalam) dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Kejadian tidak berperikmanusiaan itu dilaporkan berlaku pada 1 Ogos dan 17 Ogos lalu dengan seekor kucing mati, manakala seekor lagi parah di kepala.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber: Kosmo

No photo description available.
ArticlePublished 21 Aug 2020 2.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM