Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Video Tular Tunggang Motosikal Lawan Arus Elak Ditahan Polis

Published: 08 Aug 2024 2.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Butterworth, 8 Ogos 2024 - Sekumpulan penunggang motosikal dikesan menunggang secara melawan arus di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam, di sini bagi mengelak pemeriksaan polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-video-tular-tunggang-motosikal-lawan-arus-elak-ditahan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:30 MYT
Butterworth, 8 Ogos 2024 - Sekumpulan penunggang motosikal dikesan menunggang secara melawan arus di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam, di sini bagi mengelak pemeriksaan polis.
Video yang tular kelmarin mendapati lorong kanan dan kiri lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan penunggang motosikal hingga mengundang bahaya kepada pengguna lain.
Tindakan berbahaya terbabit dilakukan dipercayai bagi mengelak diri daripada diperiksa polis yang mengadakan Op Samseng Jalanan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Anuar Abdul Rahman, berkata siasatan mendapati ia berlaku ketika operasi kira-kira jam 7 malam pada Ahad lalu.
“Penunggang motosikal didapati menunggang secara bahaya dengan melawan arus di kawasan BORR di Bagan Ajam dari arah Plaza Tol ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara.
“la bagi mengelak ditahan polis yang mengadakan operasi membanteras kegiatan samseng jalanan pada ketika itu,” katanya, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 08 Aug 2024 2.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM