Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Usah Jual Mercun Guna Media Sosial

Diterbitkan: 07 May 2021 7.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 7 Mei 2021 - Jangan cuba-cuba menjual mercun menggunakan media sosial berikutan penjualannya secara dalam talian tidak dibenarkan dan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-usah-jual-mercun-guna-media-sosial
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT
Kuala Lumpur, 7 Mei 2021 - Jangan cuba-cuba menjual mercun menggunakan media sosial berikutan penjualannya secara dalam talian tidak dibenarkan dan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato' Mat Kasim Karim berkata, selain itu, tempoh jualan bunga api hanya dibenarkan seiama 30 hari sahaja.

Tempoh jualan bunga api dibenarkan 15 hari sebelum dan 15 hari selepas musim perayaan tertakluk kepada kelulusan atau budi bicara pesuruhjaya polis dan ketua polis negeri.

"Penjual tidak dibenarkan menjual bunga api kepada pembeli di bawah umur 18 tahun dan dilarang menjual di dalam talian serta media sosial," katanya. Beliau berkata, peniaga dibenarkan berniaga di luar kawasan bangunan pasar raya atau pusat beli belah dengan bersyarat.

Menurutnya, antaranya ialah mempunyai tempat simpan selamat dan diperakui Bahagian Persenjataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mempunyai lesen perniagaan serta permit PDRM.

"Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-dua-nya sekali jika gagal mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 07 May 2021 7.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM