Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Unit Dron Pgu Bantu Cari Bekas Komando Hilang

Diterbitkan: 17 Dec 2023 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kluang, 17 Disember 2023 - Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman akan membantu pencarian bekas komando Grup Gerak Khas (GGK), Ab Manan Keri yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-unit-dron-pgu-bantu-cari-bekas-komando-hilang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:21 MYT
Kluang, 17 Disember 2023 - Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman akan membantu pencarian bekas komando Grup Gerak Khas (GGK), Ab Manan Keri yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, operasi yang memasuki hari kedua semalam turut membabitkan 80 pegawai dan anggota pasukan penyelamat termasuk Batalion 5, Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam, Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Angkatan Pertahanan Awam Kluang serta sembilan bot.
“Jarak pencarian juga ditambah membabitkan bahagian atas (hulu) dan hilir tempat kejadian dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sejauh kira-kira lapan kilometer, berbanding tiga kilometer kelmarin.

“Kita juga membabitkan anggota unit penyelam skuba bomba dalam operasi ini,” katanya selepas melakukan tinjauan di PKTK di Kampung Palembang, di sini, semalam.
Abdul Manan, 73, dilaporkan hilang selepas menghadiri majlis jamuan teh bersama rakyat Batu Pahat dan Kluang, di Dataran Tasik pada Khamis lalu dengan berpakaian lengkap Kelab Veteran Komando dan beret hijau.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2023 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM