Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Unit Berkuda Fru Kawal Sempadan Malaysia Thailand

Published: 19 Mar 2023 3.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Marang, 19 Mac 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperluaskan skop penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) apabila menggerakkan Unit Berkuda pasukan itu bagi mengawal sempadan Malaysia-Thailand.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-unit-berkuda-fru-kawal-sempadan-malaysia-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:33 MYT
Marang, 19 Mac 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperluaskan skop penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) apabila menggerakkan Unit Berkuda pasukan itu bagi mengawal sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, jika sebelum ini unit berkuda hanya melakukan rondaan biasa di bandar selain membantu meleraikan rusuhan, kini skop penugasan diperluaskan ke sempadan negara.

“Kita sudah menggerakkan unit berkuda ini ke sempadan Malaysia-Thailand bermula di sempadan Bukit Kayu Hitam dan kini rondaan dilakukan di sempadan Kelantan-Thailand.

“Dalam melakukan rondaan keselamatan, pada masa sama unit berkuda ini akan mencari maklumat berkaitan jenayah rentas sempadan, termasuk penyeludupan untuk dikongsikan dengan lain-lain agensi dalam PDRM,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online.

 
ArticlePublished 19 Mar 2023 3.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM