Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tuntutan Sulu Pdrm Sabah Tingkatkan Kawalan Keselamatan

Published: 04 Jul 2023 3.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan isu tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu itu dan akan memastikan apa juga perkembangan terbaharu, PDRM akan meningkatkan penugasan anggota di sempadan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tuntutan-sulu-pdrm-sabah-tingkatkan-kawalan-keselamatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT
Kota Kinabalu, 4 Julai 2023 - Polis Sabah berada dalam keadaan siap-siaga untuk berdepan dengan sebarang ancaman pihak luar susulan kemenangan Malaysia menolak permohonan untuk menguatkuasakan "final award" timbang tara yang dituntut oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan isu tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu itu dan akan memastikan apa juga perkembangan terbaharu, PDRM akan meningkatkan penugasan anggota di sempadan negara.

Ketika ini, PDRM Sabah dan juga agensi keselamatan lain berada pada tahap paling siaga.

“Kita akan memastikan apa juga perkembangan, kita akan menambah penugasan (anggota) dan membuat perancangan baharu untuk seimbangkan berita-berita terkini dengan penugasan kita.

“Jadi, masyarakat tidak perlu risau kerana pihak keselamatan akan memberi perkhidmatan terbaik untuk menangani isu-isu berkenaan,” katanya selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Penampang dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 04 Jul 2023 3.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM