
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tuntutan Sulu Pdrm Sabah Tingkatkan Kawalan Keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan isu tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu itu dan...
Kota Kinabalu, 4 Julai 2023 - Polis Sabah berada dalam keadaan siap-siaga untuk berdepan dengan sebarang ancaman pihak luar susulan kemenangan Malaysia menolak permohonan untuk menguatkuasakan "final award" timbang tara yang dituntut oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Ketika ini, PDRM Sabah dan juga agensi keselamatan lain berada pada tahap paling siaga.
“Kita akan memastikan apa juga perkembangan, kita akan menambah penugasan (anggota) dan membuat perancangan baharu untuk seimbangkan berita-berita terkini dengan penugasan kita.
“Jadi, masyarakat tidak perlu risau kerana pihak keselamatan akan memberi perkhidmatan terbaik untuk menangani isu-isu berkenaan,” katanya selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Penampang dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, semalam.