
Article
Keratan Akhbar Pilihan Transporter Gagal Seludup Sembilan Pati Ke Raub
Kuala Krai, 5 Disember 2022 - Sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar bersama seorang “transporter” ditahan ketika polis mengadakan rond...
Kuala Krai, 5 Disember 2022 - Sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar bersama seorang “transporter” ditahan ketika polis mengadakan rondaan di Simpang Sungai Durian jam 6.10 pagi pada Rabu lalu.
Katanya, anggota MPV kemudiannya mengarahkan kereta berkenaan supaya berhenti namun pemandunya enggan berbuat demikian dan tiba-tiba memecut laju secara merbahaya sebelum dikejar oleh anggota yang bertugas.
"Bagaimanapun, lebih kurang jam 7.30 pagi, kereta suspek memasuki kawasan kampung lalu hilang kawalan dan terbabas merempuh tiang simen benteng penghujung jalan mati di Kampung Tualang.
"Pemeriksaan yang dilakukan di dalam kereta menemui lima lelaki dan empat perempuan warganegara Myanmar tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini, kelmarin.