Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Transporter Gagal Seludup Sembilan Pati Ke Raub

Diterbitkan: 05 Dec 2022 3.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Krai, 5 Disember 2022 - Sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar bersama seorang “transporter” ditahan ketika polis mengadakan rondaan di Simpang Sungai Durian jam 6.10 pagi pada Rabu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-transporter-gagal-seludup-sembilan-pati-ke-raub
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT
Kuala Krai, 5 Disember 2022 - Sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar bersama seorang “transporter” ditahan ketika polis mengadakan rondaan di Simpang Sungai Durian jam 6.10 pagi pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, ketika anggota daripada Unit Kereta Peronda (MPV) menjalankan rondaan, mereka ternampak sebuah kereta Toyota Corolla berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, anggota MPV kemudiannya mengarahkan kereta berkenaan supaya berhenti namun pemandunya enggan berbuat demikian dan tiba-tiba memecut laju secara merbahaya sebelum dikejar oleh anggota yang bertugas.

"Bagaimanapun, lebih kurang jam 7.30 pagi, kereta suspek memasuki kawasan kampung lalu hilang kawalan dan terbabas merempuh tiang simen benteng penghujung jalan mati di Kampung Tualang.

"Pemeriksaan yang dilakukan di dalam kereta menemui lima lelaki dan empat perempuan warganegara Myanmar tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini, kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbarHarian Metrorian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 05 Dec 2022 3.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM