
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tipu Kerja 158 Mangsa Masih Terkandas Di Luar Negara
Kuala Lumpur, 8 Disember 2023 - Seramai 158 daripada 428 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara masih terkandas di negara destinasi yang dituju,...
Kuala Lumpur, 8 Disember 2023 - Seramai 158 daripada 428 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara masih terkandas di negara destinasi yang dituju, setakat bulan lalu.
“Daripada statistik laporan polis serta mangsa di negara destinasi, sebanyak 325 laporan polis diperoleh membabitkan Myanmar, Kemboja, Laos dan lain-lain,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dalam Sidang Dewan Negara semalam.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar berkata, pelbagai langkah dilaksana termasuk mengadakan operasi bersepadu secara berterusan dalam usaha menangani sindiket penipuan pekerjaan di luar negara dan menyelamatkan mangsa.
“Dalam usaha menangani masalah ini, PDRM sudah menjalankan empat siri operasi bersepadu mulai Ogos 2022 hingga Julai tahun ini. Hasilnya, empat sindiket di Lembah Klang serta Johor ditumpaskan.
“Melalui siri operasi itu, sebanyak 12 tangkapan dibuat membabitkan warga tempatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670),” katanya.