Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 4 349 Kes Jenayah Seksual Direkod Sejak 2021

Diterbitkan: 08 Dec 2023 6.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 8 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia merekodkan sebanyak 4,349 kes jenayah seksual termasuk dalam kalangan kanak-kanak sepanjang tempoh tiga tahun sejak 2021.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-4-349-kes-jenayah-seksual-direkod-sejak-2021
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:05 MYT
Kuala Lumpur, 8 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia merekodkan sebanyak 4,349 kes jenayah seksual termasuk dalam kalangan kanak-kanak sepanjang tempoh tiga tahun sejak 2021.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, jenayah seksual adalah kes tertinggi yang direkodkan pihaknya terutama membabitkan kanak-kanak.

Menurutnya, daripada keseluruhan jenayah seksual itu mendapati kes cabul (Seksyen 354 Kanun Keseksaan) merekodkan jumlah paling tinggi iaitu 2,506 kes sejak 2021 hingga Oktober lalu.

“la membabitkan 876 kes pada 2021, 872 kes (2022) dan 758 kes setakat Oktober lalu.
“Ini diikuti kes gangguan seksual yang merekodkan sebanyak 1,406 kes iaitu 506 kes pada 2021, 477 kes (2022) dan 423 kes pada tahun ini setakat Oktober lalu.

“Selain itu, kes kelucahan melampau merekodkan sebanyak 236 kes, manakala memiliki bahan lucah (186 kes) dan menghendap (15 kes),” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 08 Dec 2023 6.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM