Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tipu Kerja 158 Mangsa Masih Terkandas Di Luar Negara

Published: 08 Dec 2023 3.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 8 Disember 2023 - Seramai 158 daripada 428 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara masih terkandas di negara destinasi yang dituju, setakat bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tipu-kerja-158-mangsa-masih-terkandas-di-luar-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:02 MYT
Kuala Lumpur, 8 Disember 2023 - Seramai 158 daripada 428 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara masih terkandas di negara destinasi yang dituju, setakat bulan lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehingga 20 November lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 270 mangsa warganegara tempatan yang terjebak dengan sindiket jenayah penipuan pekerjaan.

“Daripada statistik laporan polis serta mangsa di negara destinasi, sebanyak 325 laporan polis diperoleh membabitkan Myanmar, Kemboja, Laos dan lain-lain,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dalam Sidang Dewan Negara semalam.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar berkata, pelbagai langkah dilaksana termasuk mengadakan operasi bersepadu secara berterusan dalam usaha menangani sindiket penipuan pekerjaan di luar negara dan menyelamatkan mangsa.
“Dalam usaha menangani masalah ini, PDRM sudah menjalankan empat siri operasi bersepadu mulai Ogos 2022 hingga Julai tahun ini. Hasilnya, empat sindiket di Lembah Klang serta Johor ditumpaskan.

“Melalui siri operasi itu, sebanyak 12 tangkapan dibuat membabitkan warga tempatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670),” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
ArticlePublished 08 Dec 2023 3.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM